Sexy Pink Heart

Saturday, 31 August 2013

8 sebab beruntungnya wanita mempunyai rahim ..






Untungnya mu sayang menjadi wanita ..

1) Telah menjadi sunahtullah; yakni Allah SWT telah menetapkan hukum atau cara yang telah ditentukan sejak dari azali (awalnya) anatomi wanita itu umpama ‘kilang manusia’.

Umum menyedari antara fungsi kejadian utama wanita ialah melahirkan zuriat ke dunia. Isyarat dari adat tersebut maka Allah SWT menciptakan rahim ke dalam tubuh wanita. Rahim ini merupakan tempat letaknya ‘kandungan’ benih manusia .

Justeru, pemilihan wanita sebagai tempat lahirnya warisan generasi manusia adalah lambang keagungan kurniaan Allah SWT.

2) Sesuai dengan tugasan dan tanggungjawab yang mulia melahirkan generasi manusia, Allah SWT telah memberikan kelebihan ke atas golongan wanita.

Wanita diberikan ‘kelepasan umum’ pada tiap-tiap bulan daripada melakukan ibadah wajib rutin harian seperti solat, dan puasa.

Perlepasan istimewa itu secara normalnya diberikan sehingga tujuh (7) sehingga lima belas (15) hari. Iaitu seminggu ke dua minggu dalam sebulan.

Perlepasan istimewa yang merupakan kedatangan haid membawa petanda kasihnya Allah SWT terhadap golongan wanita hingga tidak diwajibkan solat dan berpuasa. Bahkan Allah SWT menganggap tatkala kedatangan darah haid, wanita itu telah mendirikan solat yang terbaik!

3) Apabila seorang wanita melahirkan zuriat , Allah SWT memberikan kerehatan dan keringanan terhadap kaum hawa itu.

Disebabkan keberatan melahirkan zuriat tersebut, Allah SWT memberikan ‘cuti beribadah’ selama empat puluh (40) hingga enam puluh (60) hari.

Padahal bagi seorang lelaki, sedari mereka itu baligh tidak ada suatu pun kelepasan daripada solat dan berpuasa. Golongan lelaki itu terus-terusan dikehendaki menunaikan kewajipan beribadah sehari-harian dari celik mata hinggalah ke liang lahat (mati).

4) Terlebih untungnya wanita yang mempunyai rahim dan mengandung pula. Mereka yang hamil Allah SWT akan sentiasa mengampunkan dosa-dosa mereka itu sehinggalah bayinya lahir.

Oleh itu seseorang wanita Muslim meninggal dunia tatkala melahirkan anak, kematiannya tergolong di dalam mati syahid. Kelebihan orang mati syahid pula ialah mereka akan diusung langsung ke dalam syurga!

Rasulullah SAW bersabda: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan anak adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TB adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.”(H.R Thabrani)

6) Ada pun beruntungnya wanita yang diciptakan Allah SWT berahim di dalam perutnya itu, sesuatu pekerjaan baik lagi bermanfaat yang suaminya lakukan, wanita tersebut akan memperoleh pahala dan kebaikan yang sama.

Sebaliknya, jika suami melakukan perkara-pekara kejahatan! Tiada suatu pun dosa suami diwarisi oleh isterinya. Yakni dosa-dosa suami ditanggung oleh suami dan tidak sedikit pun isteri menanggung dosa-dosa suami. Ya Allah ..beruntungnya kita sayang .. 

7) Para isteri yang baik kelakuan, elok akhlak dan sempurna ikhlasnya ialah para isteri yang solehah. Pada hari akhirat kelak, mereka akan terperanjat besar. Ketika itu mereka mendapati pahala-pahala tambahan bertimbun-timbun banyaknya selain daripada pahala amal kebaikan yang dikerjakannya sendiri.

Pahala-pahala tambahan tersebut sebenarnya datang daripada segala amal kebaikan suami ketika hayat di dunia.

Gunanya lebihan pahala yang banyak tersebut ialah dapat memberikan syafaat kepada ahli keluarga. Terutama kepada suami yang dalam kesukaran meniti titian siratulmustaqqim. Bahkan boleh membantu golongan yang dikasihinya seperti ibu, ayah dan anak-anaknya untuk menyeberangi ke syurga.

Bagi memanfaat dan memperoleh lebihan pahala ini, para isteri haruslah banyak bersabar di dalam hubungan rumah tangga. Melakukan kerja dengan ikhlas, taat kepada suami dan memuliakan ibubapa mertua.


8) Sedangkan kaum suami itu menanggung tugasan yang berat . Suami perlu mentaati ibubapanya terlebih dahulu, kemudian memimpin isteri dan anak-anak. Segala dosa isteri dan anak-anak terbeban di atas bahu suami selain dosa yang dilakukan oleh suami sendiri. Keluarga yang menjadi porak-peranda akan disoal dan dipertanggungjawabkan ke atas suami oleh maysarakat dan Tuhan.

Sebagai mana firman Allah SWT: "... dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Baqarah,228)
Sungguh pun lelaki itu diberikan kelebihan satu darjat, namun kelebihan itu sebenarnya adalah ujian yang berat ke atas mereka. 

"Firman Allah SWT, "dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An'aam , 165)

Untuk seseorang wanita mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT dengan dikurniakan syurga firdausi amat mudah berbanding kaum adam. Apa yang mereka perlukan sekadar taat kepada suami, memelihara maruah diri serta suaminya dan menyempurnakan ibadah harian yang wajib. 

"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.”(H.R. Ahmad dan Tabrani )

Wanita tidak dibebani perkara-perkara yang lain kecuali di pesekitaran yang hampir dengannya. 

Berbeza dengan kaum lelaki yang harus memikul tanggungjawab di dalam dan di luar rumah sesuai dengan kelebihan darjat dan bentuk fizikal yang dikurniakan Allah SWT ke atas mereka.

Kesimpulannya

Oleh itu, betapa untungnya dilahirkan dan dijadikan sebagai seorang wanita. Banyak kemudahan dan keringan yang Allah SWT kurniakan disamping ditingkatkan darjat wanita itu di sisi-Nya. 

Sungguh pun demikian, sepekara harus kita ingat bahawa semulia-mulia antara kita di pandangan Allah SWT ialah mereka yang paling taqwa sama ada di sisi golongan wanita atau lelaki.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu."(Al Hujarat: 13)

Sebagai isteri dan wanita maka lahirkanlah zuriat seramai yang mungkin kerana Rasulullah SAW amat menyukai ramainya umat Baginda SAW di hari kemudian. Bayi-bayi comel tersebut disusui pula oleh susu tubuh ibu sebagaimana fitrahnya. Serta berikanlah anak-anak tersebut didikan sempurna dan tanamkan akidah Islamiah yang sebenar. 

Insyallah bukan sahaja individu itu yang memperoleh manfaat kelak, tetapi akan berkembang biaklah kesempurnaan akhlak kepada masyarakat, bangsa dan negara. Akhirnya tertegaklah budaya Islam yang syumul!


WALLAHUALAM .. :) HARGAILAH DIRIMU SAYANG SBGAI WANITA ..SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH .. 

Friday, 30 August 2013

Doaku..biarlah pemilik tulang rusukku org yg diredhaiMU ya Allah...Aamiin .


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mataMu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya.

Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. AMIN! :)

Cemburu seorang wanita ..






Wanita ini mmg xkan pernah lari dgn sifat cemburu ..itu adalah satu perasaan yg telah Allah ciptakan ..cuma yg mmbezakan mcm mna kita mgawalnya ...ye kan ..hihi :)
 * Kecemburuan Siti Aisyah terhadap Khadijah adalah kerana Rasulullah selalu menyebut-nyebut nama Khadijah, terutama apabila Rasulullah berdepan dengan masalah berat dalam tugasnya sebagai seorang Rasul. Waktu Khadijah masih hidup, beliaulah yang biasanya membantu dan memberi jalan keluar kepada Rasulullah. Sedangkan bersama Siti Aisyah hal seperti itu belum beliau perolehi.
Akan tetapi, Rasulullah amat sayang kepada Siti Aisyah, Rasulullah merasakan apa yang dirasakan oleh isterinya itu. Namun ada saatnya Rasulullah tidak dapat menggalakkan daripada menyebut nama Khadijah, umpamanya beliau berkata: “Khadijah dahulu mewasiatkan begini atau begitu”. Apabila Rasulullah berkata begitu, Siti Aisyah akan marah dan berkata: “ Khadijah! Khadijah! Seolah-olah tidak ada perempuan lain didunia ini selain Khadijah!”. Katanya bersungut.
Apabila Siti Aisyah berkata demikian Rasulullah meninggalkannya untuk beberapa seketika bagi memberi pengajaran kepadanya.
Manakala terjadi hal yang demikian, Siti Aisyah pula mengadukan hal ini kepada ibunya. Kemudian ibunya membawa Siti Aisyah berjumpa Rasulullah dan berkata: “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya Aisyah masih muda. Engkaulah yang paling berhak mengajar dan memujuknya”.
Dengan perkataan ibu mertuanya itu, Rasulullah menoleh pada Siti Aishah dan berkata: “ Bukankah kamu yang mengatakan seolah-olah tidak ada seorang pun didunia ini selain dari Khadijah?”. Kata Rasulullah.
“Apakah masih diingat-ingat perempuan yang sudah tua itu, sedangkan Allah telah menggantikanya dengan yang lebih baik?”. Jawab Siti Aisyah.
Apabila Siti Aisyah berkata demikian, maka secara terus terang dan jelas Rasulullah berkata: “ Demi Allah, wahai Aisyah belum ada ganti yang lebih baik dari Khadijah. Dia telah beriman kepadaku ketika orang lain megingkariku. Dialah menyara hidupku ketika orang memulaukan aku. Dia memberiku zuriat yang tidak aku perolehi dari wanita lain”. Kata Rasulullah.
Apabila Rasulullah berkata demikian, Siti Aisyah diam tidak berkata lagi dia menyedari pengorbananya terhadap Rasulullah dan Islam belum seberapa berbanding Khadijah.
Selain daripada rasa cemburu kepada Khadijah, Siti Aisyah juga merasa cemburu terhadap isteri-isteri nabi yang duduk berhampiran dengannya. Rasa cemburu ini timbul kerana Rasulullah amat gemar kepada makanan yang bersih dan diatur rapi, dan keadaan seperti ini adalah menjadi amalan kepada isteri nabi yang lain.







Mati itu pasti !! --






Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."
(Riwayat At-Tirmidzi)

Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 
"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34).

Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

Larangan Meminta-minta Mati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
" Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
 (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)



Ada beberapa cara yg Rasullullah s.a.w. ajarkan untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini:
  1. Perintah memperbanyak mengingati mati :
    "Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)."
    ( Riwayat At-Turmudzi )
  2. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :
    "Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya )
  3. Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :
    "Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )
  4. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :
    "Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )
Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut :
  1. Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam hadisnya yang bermaksud :
    "Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang."
    ( Riwayat Abiddunya ).

    Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata :
    "Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini."
    ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
  2. Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.
  3. Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah :
    "Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati." ( Riwayat Muslim ) 
  4. Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda :
    "Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia berada." ( Riwayat 'Ubadah bin Shamit )
  5. Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud :
    "Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan."
    ( An-Nur: 24 )
  6. Begitu pula agar disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan Atib dan malaikat-malaikat lainnya. Allah s.w.t. berfirman :
    "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." ( Qaf: 16-18 )

    "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." ( Ar-Ra'd: 11). (Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad)
 - MOGA KITA SEMUA MATI DALAM KEADAAN HUSNUL KHATIMAH ..Aamiin 

Gastrik @ gastritis

Bagaimana penyakit gastrik terjadi ?
TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ulser ( peptic ulser ) . Dan hanya satu cara menyembuhkan peptic ulser iaitu melalui pembedahan.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.
Adakah ia boleh sembuh ?
Hakikatnya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh sembuh disebabkan sifat semulajadi membran perut yang mampu membina semula lapisan perut dengan ubat serta rawatan yang betul.
“Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis.” – Dr Sukumar Nadesan, Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. Jenis Gastritis yang menyerang dan sembuh dalam waktu yang singkat dipanggil gastritis akut. Manakala gastrik berpanjangan dan kerap sehingga bertahun-tahun adalah gastritis kronik.

Pesakit yang menghidapi gastritis akut ialah mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit. Berbeza dengan pesakit yang menghidapi gastritis akut, pesakit yang menghidapi gastritis kronik dilihat mejoritinya disebabkan oleh , amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok. Dan sudah tentu pengamal perubatan lebih mudah merawat pesakit gastritis akut daripada gastritis kronik. Namun teliti kembali kita lebih mudah menghidapi penyakit gastritis kronik kerana puncanya adalah gaya hidup serta pengambilan makanan yang kita ambil.

Apakah antara rawatan gastrik ?
Di antara langkah yang diambil sebagai rawatan gastrik adalah seperti berikut:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Sakit itu penghapus dosamu ..Husnuzonlah pd Allah ..




Ketahuilah wahai saudaraku -semoga Allah merahmati kita semua- telah menjadi ketetapan dari Allah Azza wa Jalla bahwa setiap manusia pasti pernah mengalami sakit dan musibah selama hidupnya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157).

Sakit dan musibah yang menimpa seorang mukmin mengandung hikmah yang merupakan rahmat dari Allah Ta’ala. Imam Ibnul Qayyim berkata : “Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia dibawah sinar matahari. Dan inipun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekedar gambaran ini”. (Syifa-ul Alil fi Masail Qadha wal Qadar wa Hikmah wa Ta’lil hal 452).
Dalam menyikapi sakit dan musibah tersebut, berikut ini ada beberapa prinsip yang harus menjadi pegangan seorang muslim :
1. Sakit dan Musibah adalah Takdir Allah Azza wa Jalla
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (QS. Al-Hadid : 22).
Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah (QS. At-Taghaabun : 11).
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda : Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan semua takdir seluruh makhluk sejak lima puluh ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi”. (HR. Muslim no. 2653).
2. Sakit dan Musibah Adalah Penghapus Dosa
Ini adalah hikmah terpenting sebab diturunkannya sakit dan musibah. Dan hikmah ini sayangnya tidak banyak diketahui oleh saudara-saudara kita yang tertimpa musibah. Acapkali kita mendengar manusia ketika ditimpa sakit dan musibah malah mencaci maki, berkeluh kesah, bahkan yang lebih parah meratapi nasib dan berburuk sangka dengan takdir Allah. Nauzubillah, kita berlindung kepada Allah dari perbuatan semacam itu. Padahal apabila mereka mengetahui hikmah dibalik semua itu, maka -insya Allah- sakit dan musibah terasa ringan disebabkan banyaknya rahmat dan kasih sayang dari Allah Ta’ala.
Hikmah dibalik sakit dan musibah diterangkan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dimana beliau bersabda:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).
Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).
Bencana sentiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”.
(HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).
Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”.
(HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghirno.1870).
Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).
Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).
Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).
Walaupun demikian, apabila seorang mukmin ditimpa suatu penyakit tidaklah menidakkan usaha (ikhtiar) untuk berubat. Rasulullah shallalllahu alaihi wa sallam bersabda : Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”. (HR. Bukhari no. 5678). Dan yang perlu diperhatikan dalam berubat ini adalah menghindarkan dari cara-cara yang dilarang agama seperti mendatangi dukun, paranormal, ‘orang pintar’, dan sebangsanya yang dikemas dengan label ‘pengubatan alternatif’. Selain itu dalam berubat juga tidak diperbolehkan memakai benda-benda yang haram seperti darah, khamr, bangkai dan sebagainya karena telah ada larangannya dari Rasulullah shallalllahu alaihi wa sallamyang bersabda :
Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”. (HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash- Shohihah no. 1633).
Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada apa-apa yang haram”.
(HR. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban no. 1397. Dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitabMawaaridizh Zham-aan no. 1172).
Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan penyakit kalian pada apa-apa yang diharamkan atas kalian”. (HR. Bukhari, di-maushulkan ath-Thabrani dalam Mu’jam al Kabiir, berkata Ibnu Hajar : ‘sanadnya shohih’, Fathul Baari : X/78-79).
3. Wajib Bersabar dan Redha Apabila Ditimpa Sakit dan Musibah
Apabila sakit dan musibah telah menimpa, maka seorang mukmin haruslah sabar dan redha terhadap takdir Allah Azza wa Jalla, dan harapkanlah pahala serta dihapuskannya dosa-dosanya sebagai ganjaran dari musibah yang menimpanya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157).
Dalam beberapa hadis Qudsi Allah Azza wa Jalla berfirman :
Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaanpada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu melainkan syurga”.
(HR. Ibnu Majah no.1597, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam Shohih Ibnu Majah : I/266).
Maksud hadis diatas yakni apabila seorang hamba redha dengan musibah yang menimpanya maka Allah redha memberikan pahala kepadanya dengan syurga.
Jika anak seorang hamba meninggal dunia, maka Allah akan berkata kepada malaikat-Nya : ‘Apakah kalian telah mencabut nyawa anak hamba-Ku?. Para Malaikat menjawab : ‘Ya, benar’. Lalu Dia bertanya lagi : ‘Apakah kalian mengambil buah hatinya?’. Malaikat menjawab : ‘Ya’. Kemudian Dia berkata : ‘Apa yang dikatakan oleh hamba-Ku itu?’. Malaikat menjawab ‘Ia memanjatkan pujian kepada-Mu dan mengucapkan kalimat istirja’ (Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’un). Allah Azza wa Jalla berfirman : ‘Bangunkan untuk hamba-Ku sebuah rumah di surga dan namai dengan (nama) Baitul Hamd (rumah pujian)’. (HR Tirmidzi no.1021, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi no. 814)
Tidaklah ada suatu balasan (yang lebih pantas) di sisi-Ku bagi hamba-Ku yang beriman jika Aku telah mencabut nyawa kesayangannya dari penduduk dunia kemudian ia bersabar atas kehilangan orang kesayangannya itu melainkan syurga”. (HR. Bukhari).
Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung berfirman : ‘Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua hal yang dicintainya (yakni menjadikan seorang hamba kehilangan dua penglihatannya/buta) lalu ia bersabar maka Aku akan menggantikan keduanya dengan surga”. (HR. Bukhari).
Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).
Hikmah lainnya dari sakit dan musibah adalah menyedarkan seorang hamba yang tadinya lalai dan jauh dari mengingat Allah -krna tertipu oleh kesihatan badan dan sibuk mengurus harta- untuk kembali mengingat Rabb-nya. Karena jika Allah mencubanya dengan suatu penyakit atau musibah barulah ia merasakan kehinaan, kelemahan, teringat akan dosa-dosa, dan ketidakmampuannya di hadapan Allah Ta’ala, sehingga ia kembali kepada Allah dengan penyesalan, kepasrahan, memohon ampunan dan berdoa kepada-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelumu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri”. (QS. Al-An’aam : 42).
Sakit dan musibah merupakan pintu yang akan membukakan kesedaran seorang hamba bahwasanya ia sangat perlukan Allah Azza wa Jalla. Tidak sesaatpun melainkan ia perlu kepada-Nya, sehingga ia akan selalu tergantung kepada Rabb-nya. Dan pada akhirnya ia akan sentiasa mengikhlaskan dan menyerahkan segala bentuk ibadah, doa, hidup dan matinya, hanyalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala semata. Wallahu'alam ..