HUKUM NIKAH GANTUNG :
a) Nikah gantung dalam bahasa Arab juga disebut NIKAH KHITBAH .. dan hukumnya HARUS .
b) Nikah Gantung sebenarnya
bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam
satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah
pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan
dan boleh dilepaskan.
c) Dalam kata lain, majlis
akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus)
diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga
menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
d) Akan tetapi rukun-rukun
perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali,
saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu
dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
e) Sebab-sebab biasa nikah
gantung ini dibuat adalah seperti:
- Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos
hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
- Pasangan masih lagi menuntut dan masih
belajar.
- Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya
dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
f) Setelah majlis akad nikah
berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga
benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada
kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
g) Tujuan utama nikah
gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan
kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah
gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan
seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang
mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
h) Walaupun mereka nikah
gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam
dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
i ) Dari sini anda dapat lihat
bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis
yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh
kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan
bayi tidak akan berlaku.
j) Di sinilah anda boleh lihat
bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam
menjalani kehidupan seharian.
WALLAHUALAM ... :) SEKADAR PERKONGSIAN ...


No comments:
Post a Comment