Sexy Pink Heart

Friday, 6 September 2013

HUKUM NIKAH GANTUNG - UAI








HUKUM NIKAH GANTUNG :

a) Nikah gantung dalam bahasa Arab juga disebut NIKAH KHITBAH .. dan hukumnya HARUS .

b) Nikah Gantung sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

c) Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

d) Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

e) Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
f) Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

g) Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
  
h) Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

i ) Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

j) Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

WALLAHUALAM ... :) SEKADAR PERKONGSIAN ... 


Thursday, 5 September 2013

WANITA KOTA TARIM ..





Wanita Terpelihara
Mengenai wanita di kota Tarim Hadramaut, mereka itu jauh berbeza dengan sebahagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Bahkan di wilayah-wilayah lain di kota Hadramaut juga pun sudah banyak yang pudar ketegasan syariahnya. Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan ulama, siang dan malam mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan. Mereka dibesarkan tidak kenal muzik, tidak kenal kebiadapan, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.
Apabila tiba saat mereka menikah, ditanya pada isteri; Bagaimanakah keadaannya saat awal berjumpa? Ia menjawab; Saya bingung, seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain saudara kandung saya, dan sekarang ini ada lelaki asing duduk di kamar saya. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Keperluan Rumahtangga
Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja barang dan keperluan seharian yang perlu dibeli, mereka tidak berani memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.
Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Kamar Tidur yang Wangi
Isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur berbau wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah ditata rapi, indah dan sangat wangi. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya ditata serapi mungkin. Bukankah wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik?

Marah Wanita Tarim
Isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.
Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Rumahtangga Nabawi
Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad SAW dalam rumah tangga nabawi yang sulit kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan mereka.
Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil ‘azim. Indah nian gambaran para wanita dan lelaki di Kota Tarim. Allah... Sungguh indah bersama mu wahai Kekasih Hati, wahai Penghulu seluruh manusia. Berbahagialah mereka yang berada di jalanmu, yang sentiasa menghidupkan sunnahmu. Sallu ‘alaih.... Semoga Allah SWT menjaga penduduk di kota seribu ulama ini dan kurniakan juga keindahan pekerti seperti itu kepada para wanita dan lelaki muslim di seluruh dunia ini.
Renungkan juga satu pesan saya pada semua;

Andai lahirnya seorang anak perempuan itu, biarlah dia menjadi seperti Saidatina Aisyah isteri Rasulullah SAW, kerana dunia masih lagi kekurangan solehah sepertinya.

Wednesday, 4 September 2013

(^_^) ..

Assalamualaikum .. selamat petang ...salam maghrib .. :) Allah2 sempat g kn update blog .. ase cm lama ja xbuka blog nie ..hehe pdahal bru 2 hari ..Today kt cls de test women's health .. fuh soalan mencabar la jgk ..coznya sbb xready cgt  ..boleh la jwb jgk sikit sbb anatomy sal organ perempuan n lelaki ..ingt la jgk sikit2 ..hehe ..  mlm nie buzy dgn assigment pediatrik .. madam klu boleh bagi smpai 5 asgment ..jenuh jgk nk buat .. nasib bek subjek tu best ,,enjoy bila stdy ... dia pasal baby ..kanak2 .. mmg best la ... esok plk de cls dia ...so must be struggle .. :) ..huhu ... oky ...next entry klu xbuzy nnti update lg ... see u .. :) Ukhuwah fillah abadan abada .. :)

Sunday, 1 September 2013

Assalamualaikum ..

Bismillahirahmanirahim ...  segala puji bagi Allah ..Tuhan semesta alam ..yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan kita nafas utk brsyukur dgn nikmatnya .. petang yg indah masih dberi kesempatan utuk mnulis .. sihat ke semuanya .. Alhamdulillah.. fuhh .. :) .. hari ini kurang sihat sikit ...biasalah perempuan bila dia tgh period ni mmg mood x menentu ..cian smua kwan2 tmpt lpaskan moodku ... semalam kul 4 lbih baru leh tido sakit pnya pasal .huhu .. Alhamdulillah sakit sbb Allah nk gugurkan dosa2 kecil ..  mood mkn plk naik ...mkn sikit ..tp nk brulang2 .. pelik kn wnita ni ...tp tu la hakikatnya ..bila priod mood hbis hncur ... asyik nk cari psal je .. sapa yg kena tu kecian ..sakit nk bgun pn xboleh ...tp tido pn bgun lewat ..dh bgun tido balik ..  jap g nk try letak hotpack kt piut . cara tu insyaallah dpt hilang ketegangan pd muscle kt piut ni ...  okay la skrg nk pegi mkn ..lapar..huhu ..see u next entry .. insyaallah ,, Sayang Allah ..Cinta Rasul ..  :) ..